Jom Baca Bersama 10 Minit (Perpustakaan Desa Tambun Tulang)
24 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2024, telah berlangsung program Jom Baca Bersama anjuran Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada 09:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan antaranya adalah bercerita mengenai Hari Raya si cilik, melengkap puzzle menggunakan tablet, membaca bersama selama 10 minit, bermain kerusi musik dan kuiz pengetahuan am bersama ibu bapa.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan di antara NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: